Tahniah Buat Pengundi, Bukannya UMNO! Dunia Lebih Penting Buat Anda Berbanding Akhirat...

|

Lintang dengan ini menganggap BN, (Bahan Neraka) telah menang. Tahniah buat 'pengundi'2 nya yang secara terang-terangan masih mementingkan balasan di dunia berbanding menerima balasan yang jauh lebih baik di Akhirat sana.

Tiada apa yang mampu diucapkan. Pemilihan seorang yang tak perlu saya sebutkan namanya di sini, yang glamour dengan rasuah, satu perbuatan hina dan dikeji oleh Allah S.W.T. masih lagi diterima baik oleh penyokongnya. Apa yang perlu dikatakan lagi.

Ya, mereka memilihnya kerana faktor negeri tu ditakbir oleh pihak mereka sendiri. Memang itulah peluang mereka, jika mereka belot, tiada pembangunan atau dana yang dapat disalurkan di kawasan berkenaan. Itulah yang membuatkan mereka memekakkan telinga terhadap kebangkitan Islam dan sanggup memilih habuan dunia berbanding menerima saham yang jauh lebih baik di Akhirat sana.

Fikirlah tentang generasi masa depan. Jika inilah amalannya, agama dan negara kita akan mudah tergadai apabila duit bermaharajalela. Rasuah dikatakan politik wang, untuk mengaburi mata pak-pak nelayan, petani-petani tua, makcik-makcik tua yang berjalan kaki ke pasar tani dan golongan yang mengaku beriman tetapi menolak isi kandungan Al-Quran. Mereka inilah yang dibutakan hati dan hanya menggunakan mata dan telinga untuk berfikir.

Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita mengalah. Ayuh, perjuangan menegakkan Islam tidak akan tamat selagi tiupan Sangkala belum kedengaran, selagi kilauan matahari belum menampak terbitnya dari Barat...selagi itulah Islam, Islam, Islam!!! Allahu akbar!!!