KISAH BENAR MASJID SIMPANG TAIPING SEMALAM.

|

Saya menerima tel sahabat bertanyakan tentang kejadian "Rampasan Kuasa" di satu Masjid di Bukit Gantang. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Nizar Jamaludin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taipig... Cantikkk. Imamnya adalah sahabat baik saya...
Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur... " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...
Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan Pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya usatz MPT- Terompah le tu ustaz jelmaan -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat " wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah... Lepas ni mungkin kena pecat le ana.... Beliau menghabiskan cerita... Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya....
Kesimpulan; Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... Zamri.... Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayaiiiiNak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagiiii.maaf le... Cerita penuh juge ada dalam Al Banjari sahabt yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada Setpol pun ada...macam macam ada..
Sumber: haninasution

Situasi Berubah? Pemilihan UMNO Atau Bilangan Penyokong? Jawapannya Ada di Bukit Gantang..

|



Memetik kata-kata daripada Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman mengenai peralihan kuasa dalam UMNO itu dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam hanyalah mampu meredakan pergolakan dalaman parti itu dan bukannya corak pemerintahan BN keseluruhannya.




Malah perubahan kepimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama mengenai perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. Kedudukan kerusi di Dun Batang Ai, Sarawak dan Dun Bukit Selambau juga masih sukar buat UMNO untuk melakukan sesuatu.


Jika dilihat situasi ketika hari penamaan calon berlangsung, seluruh rakyat Malaysia boleh membuat tanggapan bahawa parti mana yang bakal memenangi kerusi di Parlimen Bukit Gantang tersebut. Oleh demikian, pemilihan Agung UMNO yang baru saja selesai ini dianggap tidak berjaya memainkan peranan untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap parti yang kononnya dikatakan memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Jika ini kesudahannya, bukan sahaja pilihanraya kecil ini bakal menunjukkan jalan keluar buat UMNO malah tidak keterlaluan jika dikatakan Pilihanraya Umum ke-13 nanti, UMNO akan tinggal kenangan buat seluruh rakyat Malaysia.



Lagi Gambar-gambar sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang.































Buatlah perbandingan anda sendiri, penyokong mana lebih ramai? Jika anda katakan, situasi hari penamaan calon tidak mencerminkan keputusan pada hari pembuangan undi nanti, lihat apa yang jadi ketika 2 pilihanraya kecil sebelum ini. Tepuk dada, tanya selera...

Jangkaan ramai: Masa Depan UMNO Akan Lebih Pudar

|

Lengkap sudah rasanya pemilihan kali ini, menyaksikan akhirnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.
Sambil menonton pemilihan tersebut secara langsung daripada Astro Awani, pengacara Kamarul Baharin menemubual 3 orang panel, iaitu Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Eksekutif, AEI-UM, Norizan Shariff, Ketua Eksekutif INMIND dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya.
Beberapa perkara penting yang dibincangkan dalam rancangan tersebut. Tetapi pendekkan cerita, saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Paling menarik apabila Norizan Shariff turut bersetuju dengan penyesalan yang dilahirkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkashi mengenai tingkahlaku perwakilan-perwakilan yang lebih minat berada di luar dewan untuk keluar shopping semasa berbagai resolusi penting sedang dibincangkan yang melibatkan persoalan-persoalan bangsa, agama dan pendidikan. Inikah masa depan UMNO?
Sebelum nama Khairy Jamaludin diumumkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, bagaikan sudah dijangka, ketiga-tiga ahli panel terbabit cuba membayangkan apa akan jadi dengan UMNO jika pemimpin yang sudah diakui sendiri oleh Lembaga Disiplin yang penglibatannya dengan rasuah politik yang jika diikutkan dari segi undang-undang, ianya sudah menjadi kesalahan jenayah. Dan UMNO perlu menjawab persoalan-persoalan rakyat mengenai pemilihan ini di ketiga-tiga Pilihanraya kecil yang akan datang ini malah juga Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Buat rakyat Malaysia, renunglah sejenak... Inikah barisan pemimpin masa depan kita jika kita mahukan UMNO? Tepuk dada, tanyalah selera... Jangan sayangkan bangsa lebih daripada sayangkan agama...

Perdana Menteri Malaysia Mestilah Presiden UMNO?

|

Perdana Menteri Malaysia biasanya dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu apabila proses peralihan kuasa dilakukan sepertimana Tun Dr. Mahathir menyerahkan jawatan tertinggi kerajaan itu kepada timbalannya Dato' Seri Abdullah Badawi untuk menggantikannya. Namun timbul persoalan adakah benar Paklah akan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya sekarang ini iaitu, Najib Tun Razak?
Itu semua sememangnya menjadi bualan hangat di mana-mana sahaja baik dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri. Saya tidak mahu mengulas lanjut bukti-bukti atau cakap-cakap orang mengenai Paklah tidak akan serahkan jawatan itu kepada Najib. Di sini saya ingin mengajak forumer semua berfikir, apakah Najib lebih sesuai dijatuhkan sekarang atau selepas beliau bergelar PRESIDEN UMNO?.
Mungkin ramai yang mahukan Najib supaya dijatuhkan sekarang kerana beliau bukan sahaja telah memalukan Malaysia dengan kes-kes yang kita semua sedia maklum, namun kredebiliti dan tahap integriti beliau dalam menjadi Pemimpin kepada hampir 27 juta rakyat Malaysia menjadi persoalan.
Himpunan kes-kes rasuah yang tidak langsung disiasat walaupun telah beratus laporan dibuat ke atasnya, Akuan-akuan Bersumpah yang mengaitkannya juga langsung tidak diambil peduli oleh mana-mana pihak berkuasa juga menjadi penyebab mengapa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Kita tahu yang UMNO cukup kebal kerana apa? Hanya kerana namanya UMNO. Jadi, apa jua yang menjadi kebencian rakyat, sudah semestinya kita tujukan kepada pucuk pimpinannya itu satu jawatan yang dipanggil PRESIDEN.
Kalau permintaan rakyat Malaysia itu tertunai sekarang dan Najib berjaya dijatuhkan sebelum pertabalannya menjadi Perdana Menteri ke-6 tidak berlaku, sokongan rakyat terhadap kepimpinan Paklah sebagai PRESIDEN UMNO yang juga sebagai Perdana Menteri Malaysia pastinya kembali kuat. Perancangan demi perancangan dalam dunia politik Malaysia sudah berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menyaksikan UMNO semakin lemah dengan barisan kepimpinannya tidak menyakinkan rakyat.
Dengan pencalonan tunggal Najib sebagai Presiden UMNO, 2 calon Timbalan Presiden yang pemilihan mereka dilihat seperti ada udang di sebalik batu, calon-calon Naib Presiden yang ada diantara mereka yang merosakkan pemikiran anak-anak Melayu, 3 calon Ketua Pemuda yang 2 daripadanya kita cukup tahu pelbagai skandal rasuah politik dan pentadbiran ketika dalam kerajaan dan 1 lagi menjadi anak suruhan kepada bapanya sendiri, semua ini menjadi tanda tanya kepada kita apakah masa depan rakyat Malaysia khususnya Melayu nanti jika inilah pemimpin yang dipilih oleh UMNO?
Inilah buktinya UMNO sudah tidak releven lagi dalam dunia politik tanahair. UMNO perlu ditolak oleh generasi akan datang. Justeru, biarlah Najib menjadi Presiden terlebih dahalu, barulah kita ajak Paklah bekerjasama untuk menjahanamkan UMNO melalui Presidennya yang ketika itu kita kenal namanya Najib Tun Razak Altantuya!
Sambungan...
1) Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
2) Berikutan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, Yang di-Pertuan Agong, dalam melaksanakan tanggungjawab serta kuasa Baginda berdasarkan Perkara 43(2), telah melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri;
3) Dalam bulan Oktober 2008, sebuah perjanjian peralihan kuasa telah dipersetujui antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Abdul Razak berpandukan syarat-syarat, yang mana antaranya:-
a) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai presiden UMNO dalam pilihan raya UMNO pada Mac 2009; dan
b) Sekiranya Dato Seri Najib dipilih sebagai presiden UMNO pada bulan Mac 2009, perbincangan serta rundingan berkenaan peralihan kuasa serta jawatan Perdana Menteri daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Abdul Razak akan berlangsung;
4) Ketika tamat tempoh penamaan calon bagi pilihan raya UMNO yang bakal berlangsung pada Mac 2009, Dato Seri Najib merupakan individu tunggal yang berjaya memperoleh jumlah pencalonan yang diperlukan bagi melayakkan beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden, secara langsung membuka jalan bagi beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO setibanya Mac 2009, jika tiada aral melintang.
5) Sekiranya Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan beliau sebagai Perdana Menteri setelah pengesahan Dato Seri Najib sebagai menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO pada Mac 2009, adalah diramalkan bahawa Dato Seri Najib akan mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk mempersembahkan kepada Baginda Tuanku bahawa majoriti dari anda mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau dan lantaran itu, memohon perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti mana yang digariskan dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan Kami turut mengambil maklum bahawa:-
6) Wujudnya persepsi yang salah di kalangan ramai dari UMNO khususnya dan Barisan Nasional umumnya bahawa Perdana Menteri Malaysia semestinya presiden UMNO, yang jelas bertentangan dengan Perkara 43(2) perlembagaan Persekutuan; dan
7) Kesemua mantan Perdana Menteri tatkala menjawat jawatan tersebut, serta Perdana Menteri sekarang, merupakan presiden UMNO dan ketika tempoh perlantikan masing-masing, tiada perhatian serius yang diberikan bagi mempersoalkan, apatah lagi meragui sekiranya kesemua mantan Perdana Menteri atau Perdana Menteri yang kini memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat yang terdahulu dan yang kini.
Kami kini meminta anda sekalian Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat, untuk turut mengambil maklum perkara berikut yang telah menimbulkan persoalanan yang serius berkenaan kesesuaian serta merencat dan seterusnya menghapuskan sebarang bibit-bibit keyakinan terhadap Dato Seri Najib bagi memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri

Sivakumar boleh diwakili peguam peribadi - Padan Muka Hakim Ridhuan

|

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Sumber: mstar

Soalan Dari Seorang Anak - Allah Ada Di Mana?

|

Macam biasa, bila online je aku akan terus buka laman2 politik untuk dapatkan maklumat terkini, al-maklumlah... nak harapkan media perdana, hampehh....huhu, tak kisah la, janji aku memang tak percaya kat Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 suku tu. Hm, sedang aku melawat thread2 dalam Tranungkite tu, tiba2 mata aku tertancap pada satu thread yang agak menarik untuk kita kongsikan di sini.. ye la, aku bukannya ustad pun... tetapi kita hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran untuk sama-sama membantu dan berkongsi maklumat sesama Islam...
Threadnya lebih kurang gini bunyinya.(bukan kurang lagi la tapi mmg yang ni la)..hehe, saja aku copy senang....paste je kat sini, abis cita...hehe...
salamm....soalan tu anak saya yg umur 6 tahun yg tanya...mula2 tu terkedu jgk seketika...tak sangka dia akan tanya mcm tuu...saya jawab,ALLAH ada kat mana2... semua tempat ALLAH ada...walaupun kita sembunyi,org tak nampak...tapi ALLAH ada...ALLAH tetap nampak...anak saya kata... kawan dia kata ALLAH ada kt awan...minta sahabat forumer yg bijaksana berikan pendapat... mungkin ada jawapan anda yg lebih tepat dan mantap..... segala pandangan anda, saya dahului dgn ucapan terima kasih......
hm, payah gak bila baca soalan ni kan? Tapi aku renung sejenak, harap2 leh bantu sahabat kita ni... Jadi aku nak konsikan jawapan ni dengan korang... harap-harap Allah ampunkan aku...
Kalau ada anak-anak tanya soalan "Mak, Allah ada kat mana?"
Jawap macam ni...
Sebenarnya Allah itu ada tetapi kita tak boleh melihatnya sekarang kerana sekarang ni hanya Allah yang berhak tengok kita. Kita cuma boleh tengok Allah lepas kita mati atau dunia dah khiamat nanti...
Kemudian, jika si anak bertanya lagi "Kalau macam tu, macam mana kita leh pasti yang Allah tu memang ada kalau kita tak nampak, macam mana kita tau kita boleh tengok Dia lepas mati/khiamat nanti...
Jawap macam ni... "Sebab tu kita kena yakin sangat2 bahawa Allah itu ada. Buktinya, masa kita sembahyang, kita sujud pada siapa? Tu tandanya kita buat apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya, maknanya kita yakin la yang Allah itu ada... kalau tak, semua orang akan buat benda jahat ja dalam dunia ni sebab tak pernah nampak Allah... adik nak jadi orang jahat ke? Mesti taknak kan? Jadi, kalau nak jadi baik, kena yakin la Allah itu ada....
ini yang dapat saya kongsikan... Tapi, kena ingat la, ni jawapan untuk budak2... kalau orang dewasa lain yang jahil....lain la jawapnya, kena rujuk hadis dan ayat-ayat Al-Quran la pulak....kalau kurang tu maafkan la...Wallahualam...

Kontroversi!!! Najib Pernah Jumpa Altantuya Di Kelab

|

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Sumber: Malaysiakini

Malam Penerangan Setahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

|




Ucapan Oleh: 1. YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

2. YB Muhammad Fairus bin Khairudin
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I

3. Prof. Dr. P.Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II

Turut Hadir: Semua Ahli Parlimen, EXCO, ADUN Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Tempat : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...

Jangankan Bawah pokok, Sidang Atas Pokok Pun Sah!!!

|

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.


Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.

PR Nak Bubar Dun, BN Halang Dun Dari Bersidang - Siapa Gila Kuasa Sebenarnya?

|


Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup. Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.
Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.

Sumber: Malaysiakini