Masalah Dalam BN Tunjukkan Sikap Sebenar Pemimpin Parti

|

Baru-baru ini, BN dikejutkan dengan pergolakan dalam MCA yang menyaksikan perebutan kuasa sesama mereka sedangkan di peringkat perwakilan sudah pun membuat keputusan yang mereka menolak kedua-dua pemimpin tertinggi parti. Jadi mana hak ahli parti???

Campur tangan PM, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak secara tiba-tiba dikatakan 'berjaya' menutup mulut kedua-dua pihak agar tidak lagi bergelut dan satu 'pelan damai' dikatakan telah dibuat. Secara jujurnya, jika benar pelan damai itu wujud, mengapa sehingga sekarang ianya masih dirahsiakan sesama mereka? Adakah berlaku sogokan atau ugutan seseorang agar pergolakan dalaman parti segera perlu ditamatkan agar ianya tidak menjejaskan BN.

Inilah sikap sebenar BN, mereka bukannya peduli dengan kehendak rakyat, malah sanggup berpakat demi mempertahankan kuasa masing-masing. Ahli-ahli bawahan parti terus diperbodohkan dan masih tidak sedar yang pemimpin mereka hanya mempergunakan mereka untuk terus berkuasa. Kalau sebelum ini, berlakunya campur tangan seseorang telah menyebabkan perpecahan dalam MIC untuk membolehkan satu parti baru diwujudkan setelah pemimpin pilihan mereka terus mengemudi parti berkenaan sedangkan beliau kini tidak diterima langsung oleh sebilangan besar rakyat negara ini. Begitu juga yang terjadi dalam PPP, tidak perlu diterangkan lagi. Mereka sanggup mengenepikan perlembagaan parti untuk melantik seseorang menjadi presiden baru, malangnya itu tidak terjadi dan kita dapat lihat seseorang yang telah dipecat dari parti masih menjadi MENTERI Kabinet!!!

Kini yang terbaru, Ahli Parlimen Sri Gading secara jelas tanpa berselindung telah mendedahkan sikap sebenar 2 orang wakil rakyat yang juga merupakan MENTERI Kabinet dengan meminta mereka berdua untuk meletak jawatan!!! Ini bukannya datang daripada mulut Ahli Pembangkang, tetapi dari mulut MP BN itu sendiri. Seorang pemimpin yang dikatakan bersikap pembodek kepada PM dan tidak serius mewakili rakyat masih lagi diberi kepercayaan oleh PM. Sikap apakah ini??? Yang mereka tahu, kuatkan BN!! Kuatkan BN!! Tetapi kekuatan RAKYAT??? Siapa sebenarnya yang didahulukan??? 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ternyata hanya satu helah Politik BN untuk memperbodohkan RAKYAT!!!

Percayalah, satu dua hari lagi atau pun seminggu dua lagi, MP Sri Gading akan kembali di khalayak ramai dan mengatakan beliau menarik balik segala kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Ini sudah boleh dijangka kerana MP2 BN semuanya penakut!!! Entah apa fungsi kesemua MP2 BN tersebut dalam Dewan Rakyat! Jika benar mereka seorang pejuang sejati kepada RAKYAT MALAYSIA, mereka perlu tegas dalam memperjuangkan hak RAKYAT!!! Begitu juga di Negeri Perak, jika benar mereka dahulukan hak RAKYAT, Bubarkan DUN!!! Lihat apa yang terjadi di Kem 1Malaysia. 3 nyawa melayang dek kerana ketamakan segelintir pihak untuk mengaut keuntungan dengan tidak langsung mempedulikan keselamatan. Itupun masih lagi tidak mahu mengaku salah!!! Masing2 cuba untuk menafikan kesalahan yang dilakukan! Dengar apa kata Najib Tun Razak dalam ketika merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan ke-38 di ibunegara hari ini...

"
Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri, dan saya membuat ini bukan (kerana) saya nak gunakan kuasa, (ini) sebab saya fikir saya pengerusi Barisan Nasional... saya kena buat keputusan untuk kepentingan Barisan Nasional."

Jadi, di mana kepentingan RAKYAT MALAYSIA YANG DIDAHULUKAN ITU????? Inilah yang sepatutnya dikesalkan. Masih lagi nak mempertahankan BN??? Sedarlah, BN hanya mahukan kuasa, bukannya RAKYAT!!! Rakyat Malaysia perlu bijak menilai semua ini... Tepuklah dada, tanya selera anda mana yang anda mahukan...

Tahniah Buat Pengundi, Bukannya UMNO! Dunia Lebih Penting Buat Anda Berbanding Akhirat...

|

Lintang dengan ini menganggap BN, (Bahan Neraka) telah menang. Tahniah buat 'pengundi'2 nya yang secara terang-terangan masih mementingkan balasan di dunia berbanding menerima balasan yang jauh lebih baik di Akhirat sana.

Tiada apa yang mampu diucapkan. Pemilihan seorang yang tak perlu saya sebutkan namanya di sini, yang glamour dengan rasuah, satu perbuatan hina dan dikeji oleh Allah S.W.T. masih lagi diterima baik oleh penyokongnya. Apa yang perlu dikatakan lagi.

Ya, mereka memilihnya kerana faktor negeri tu ditakbir oleh pihak mereka sendiri. Memang itulah peluang mereka, jika mereka belot, tiada pembangunan atau dana yang dapat disalurkan di kawasan berkenaan. Itulah yang membuatkan mereka memekakkan telinga terhadap kebangkitan Islam dan sanggup memilih habuan dunia berbanding menerima saham yang jauh lebih baik di Akhirat sana.

Fikirlah tentang generasi masa depan. Jika inilah amalannya, agama dan negara kita akan mudah tergadai apabila duit bermaharajalela. Rasuah dikatakan politik wang, untuk mengaburi mata pak-pak nelayan, petani-petani tua, makcik-makcik tua yang berjalan kaki ke pasar tani dan golongan yang mengaku beriman tetapi menolak isi kandungan Al-Quran. Mereka inilah yang dibutakan hati dan hanya menggunakan mata dan telinga untuk berfikir.

Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita mengalah. Ayuh, perjuangan menegakkan Islam tidak akan tamat selagi tiupan Sangkala belum kedengaran, selagi kilauan matahari belum menampak terbitnya dari Barat...selagi itulah Islam, Islam, Islam!!! Allahu akbar!!!

UMNO Tak Pernah Serius Bendung Gejala Rasuah Politik

|

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Perlu diingat, Isa pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004 yang pada mulanya dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ini sekaligus jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak pernah bersunguh-sungguh mahu menghapuskan budaya politik wang@rasuah politik. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia begitu bersemangat ketika pemilihan agung UMNO Mac lalu berucap yang beliau mahu menghapuskan budaya rasuah politik dalam pemilihan UMNO selepas ini namun dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon yang bertanding dalam PRK Dun Bagan Pinang kali ini, jelas menunjukkan yang ucapan berkenaan hanya sekadar di bibir sahaja.

Orang lama UMNO, Dr Mahathir juga menganggap imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi rasuah politik sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Isa, kata Dr Mahathir lagi, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Keputusan di tangan pengundi Bagan Pinang. Ya, UMNO akan menggunakan kelebihan dengan mandat yang diperoleh sekarang (memerintah N.Sembilan) untuk memancing undi daripada pengundi Bagan Pinang dengan berbagai taburan projek mee segera, janji2 manis dan sebagainya namun pengundi berhak menolaknya secara bijak dan berhemah. Imej rasuah perlu ditolak sehabis-habisnya. Jangan terpengaruh dengan apa jua janji mereka. Pilihlah calon Pas tak kira siapa pun gerangannya. Ingatlah, Islam semakin diterima, janganlah digadaikan maruah agama hanya kerana kepentingan diri. Selamat Mengundi!!!

Di Mana Islam Kita Sebenarnya? Ke Syurga Atau Neraka?

|

Bukan main sedap segelintir yang kononnya seperti seorang pejuang Islam mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Tak payahlah saya ulangi lagi di sini, rasanya semua pun tahu. Ayuh semua kita renung betul2 perkara ini. Buangkan segala rasa kepartian dalam diri kita. Letak tangan di dada kita sebagai seorang Islam dan pertimbangkan perkara ini satu demi satu.

Memang benar bahawa Syurga Neraka ini adalah urusan Allah S.W.T. tetapi Dia telah memberikan panduan untuk kita memilih ke manakah destinasi sebenar yang kita mahukan antaranya. Sedarkah kita semua yang Kita selalu bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah jamin, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Fahamkah kita dengan ayat ini?

Apa yang Allah jamin kepada kita? Rezeki. Itulah yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap hambanya di muka bumi ini tidak kira siapa kita. Dan kita bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi kita langsung tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Syurga! Sedarkah kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari nikmat Syurga. Dan di mana letaknya nikmat itu di dunia ini?

Adakah kita melaksanakan kelima-lima Rukun Islam dan keenam-enam Rukun Iman sepertimana yang dituntut oleh Islam? Ayuh kita jawab soalan-soalan ini secara satu persatu. Buka Minda kita seluas-luasnya untuk tentukan di mana kita sebenarnya, adakah kita mencari Syurga atau Neraka?

Mula-mula, Hanya Jawap YA Atau TIDAK…

Adakah Anda Mengaku Anda Adalah Seorang Islam? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Yakinkah Anda Dengan Kewujudan Allah S.W.T.? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Yakin Dengan Allah, Bersediakah Anda Untuk Melaksanakan Segala Perintahnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Mengaku Beriman dengan Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Dan Mengaku Anda Adalah Umatnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran Yang Diutuskan Sebagai Panduan Sepanjang Zaman? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Kita Lihat Sekejap Sepotong Ayat Al-Quran dan Fahami Maksudnya, Kemudian Tanya Diri Kita Adakah Kita Percaya Dan Mahu Apa Yang Dikatakan?

(إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 217.].

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

(٤٤ ".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 260.].

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

(٥٠ "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]

Dah Fahamkan Isi Kandungannya??? Kita Sambung Dengan Soalan-Soalan Tadi…

Kalau Tadi Anda Mengaku Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran, Adakah Anda Mahu Undang-undang Islam Yang Allah Perintahkan Kepada Kita Digunakan di Malaysia Atau Anda Mahu Undang-undang Yang Digunapakai Sekarang hasil Ciptaan Seorang Manusia Ciptaan Allah S.W.T Yang Bukan Beragama Islam Bernama Lord William Reid?. Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Soalan Terakhir Selepas Ini Agak Mencabar Minda Kita. Tabahkan Hati dan Mengucaplah Dua Kalimah Syahadah Jika Anda Tersalah Pilih Jawapan. Kali ini Jangan Jawap Ya Atau Tidak. Jawaplah Berdasarkan Pilihan Yang Ada…

Parti Politik Apakah Yang Memperjuangkan Kesemua Di Atas??? PAS Atau UMNO?

Terserahlah Kepada Anda Untuk Menjawabnya, Akal Sudah Diberikan Allah, Anda Hanya Perlu Menggunakannya Sahaja.

Kesimpulannya, Adakah Anda Masih Dalam Perjalanan Mencari Syurga Atau Anda Sedang Sesat Menuju ke Neraka Tanpa Anda Sedari? Fikirkanlah Wahai Semua Umat Islam!!!!

Politik PR Semakin Bijak, BN Semakin Terdesak

|

Skrg ni mcm2 terjadi di kalangan pemimpin PR, di Penang dengan hal Kg. Buah Pala, di Selangor kes arak la, mcm sebelum ni di Kedah sampai DAP keluar dari PR negeri la, last2 masuk balik...tapi ada kita tgk Ketua Menteri, Menteri Besar di negeri2 terbabit melatah tak? Tak...mereka semua rileks je menghadapinya mcm mereka ni dah lama memerintah, itu tandanya walaupun takde pengalaman, mereka berusaha mengatasi sebarang masalah.

Yg seronok bila benda ni terjadi kat pemimpin PR, penyokong2 UMNO yg mcm kera dapat bunga tak sudah2 ambil kesempatan sama hentam sebelah pihak, sambil2 tu berusaha keras nak cium tapak kaki satu parti yg memperjuangkan agama Islam. Kononnya, nak kukuhkan kuasa yg semakin terhakis dek gara-gara tumbang pilihanraya umum yg lalu.

Aku cuma nak kita semua renung sejenak, adakah ini semua lahir dari kepandaian pemimpin2 PR berpolitik? Masalah timbul dan masalah selesai. Ramai yg mengata pada Dr. Hassan Ali dan Ronnie pasal kes arak tu. Dey thamby, itu semua manyak kecil punya hal la... Yes, diakui arak adalah raja kepada segala bentuk kemaksiatan. Dan Hassan Ali dan Ronnie bukannya budak kecik yg perlu diajar untuk berpolitik. Perlukah saya mengingati semua siapa itu Dr. Hassan Ali??? Pakar motivasi yg dahulunya TV1, TV2, TV3 semua duk tunjuk hari2 dalam tv... dah lupa ke?

Jadi, kes arak ini akan menjadi medan perbualan hangat umat Islam seluruh negara dan Selangor bakal menjadi titik tolak kepada penyelesaian kepada permasalahan ini. Lihatlah saja Tuan Guru Nik Aziz sudah mula mempelawa Ronnie untuk datang ke Kelantan bagi berkongsi cara sistem penjualan arak di negeri itu dan Ronnie langsung tidak menolak bahkan menghargai kesudian TGNA menjemputnya.

Kes Kg. Buah Pala sudah masuk beberapa minggu dan berganti bulan, masih lagi belum menampakkan penyelesaiannya. Adakah Ketua Menteri, Lim Guang Eng duduk diam menyerah mahkamah saja untuk buat keputusan. Tanah yang dijual kepada pihak lain di zaman pemerintahan Barisan Nasional haruskah dituju kepada kerajaan zaman sekarang? Ya, bagi penduduk Kg. Buah Pala memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang yg salah kerana salahnya hanya pada nama KERAJAAN NEGERI. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut ekonomi, pelabur-pelabur yang sudah berminat dengan projek2 yang dicadang oleh Kerajaan Negeri dan tiba2 projek itu dibatalkan walaupun sudah berlaku kelulusan di peringkat awal, ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi Pulau Pinang dan keyakinan pelabur sedikit sebanyak akan terhakis.

Tetapi dengan prinsip "Rakyat didahulukan, Pencapaian DIKEMUDIANKAN", Lim Guan Eng menggunakan kuasanya membatalkan kelulusan pembangunan projek di kawasan terbabit. Beliau masih bertimbang rasa kepada penduduk kawasan dan masih ingin membantu. Tetapi adakah beliau berlaku adil kepada pemilik tanah yang secara undang-undangnya berhak melakukan apa saja setelah mendapat kelulusan pada waktu itu? Tetapi percayalah, kes ini akan selesai sedikit masa lagi, sepertimana kes-kes pemimpin PR yang lain. Masalah Datang, Masalah Selesai. Itulah yang akan terjadi, bukan seperti kerajaan Barisan Nasional. "Masalah Datang, Datang dan Datang. Mampos pi Lah"
Itulah yang mereka praktikan selama ini.

Bulan September semakin dekat dan Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dan seterusnya Syawal menjelma. Ketika itu, berpusu-pusu rakyat Malaysia pulang berhari raya. Bukannya kita tak tahu bila bulan Syawal nak datang, tetapi Kerajaan Barisan Nasional awal-awal lagi sudah merancang untuk menaikkan harga minyak bulan September ini kononnya untuk mempromosikan minyak RON95 yang baru itu. Belumpun sempat semua itu, kita sudah disajikan dengan taktik lama, barang-barang makanan mula kurang. Asal nak puasa je, mesti ini habis, itu habis...Ini semua taktik kerajaan nak naikkan harganya. Mula-mula gula, entah lepas ni apa pulak. Implikasinya semua orang tahu bila gula naik harga kek,roti,kuih, air minuman semua naik. Tapi yang herannya, bila bekalan sudah mencukupi, ada pernah kita dengar harga turun? Kalau turun pun, alahai ciputnya, tak macam masa dinaikkan dahulu.

Aku malas nak kata apa dah, heran sangat2 dengan perangai pemimpin2 UMNO yg langsung tak kenal erti penat lelah rakyat Malaysia cari rezeki untuk keluarga. Mereka senang-senang kaut untung. Yang peliknya, ada jugak yang menyokong... Patut la di Semenanjung BN kalah teruk dengan PR, rakyat sudah semakin bijak menilai, Sabah dan Sarawak sengaja dibiarkan mundur, sebab nak terus memperbodohkan rakyat2nya. Aku harap, saki baki penyokong UMNO di Semenanjung Malaysia, sedarlah semua!!!

Al-Fatihah...Adun Permatang Pasir Meninggal Dunia - Satu Lagi Pilihanraya Kecil

|

ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

YB Utd. Hamdan merupakan satu-satunya Adun PAS Negeri Pulau Pinang yang Berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pasir selama tiga penggal berturut. Pertengahan bulan Julai yang lalu menyaksikan satu pilihanraya diadakan di Manik Urai Kelantan yang akhirnya dimenangi oleh Pas manakala sebelum itu, pilihanraya kecil Dun Penanti juga dimenangi oleh parti sekutu Pas iaitu PKR.

Satu demi satu pilihanraya kecil berlalu yang mana berlakunya 2 kematian pada kerusi Parlimen (Kuala Terengganu dan Bukit Gantang), manakala 3 kematian berlaku di Dun Batang Ai, Manik Urai dan kini Permatang Pasir. Bagi kes meletak jawatan pula, 1 Parlimen (Permatang Pauh) dan 2 Dun (Bukit Selambau dan Penanti) menyaksikan ketiga-tiga kerusi dimenangi oleh PKR.
Secara teorinya kita dapat melihat apabila berlaku kematian, kesemua kerusi yang ditandingi oleh Pas akhirnya menemui kejayaan manakala bagi kerusi yang berlakunya perletakan jawatan dapat dikuasi oleh PKR. Dan kerusi yang dimenangi oleh BN hanya di Batang Ai yang kita semua tahu Adunnya meninggal dunia. Justeru, masih lagi dengan secara teorinya, jika Pas meletak calonnya pada pilihanraya kecil Permatang Pasir, InsyaAllah, Pas akan menang. Kalau dahulu dengan majority 5433 undi.

Kalau kita kenang kata-kata salah seorang penyokong BN sebelum ini yang mengatakan bahawa dalang pilihanraya kecil selama ini adalah Anwar Ibrahim. Mari kita lihat semula, pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau bertanding kerana kesudian isterinya, Datin Seri Wan Azizah melepaskan jawatan untuk membolehkan beliau mewakili suara rakyat dalam Dewan Parlimen, manakala di Dun Bukit Selambau dan Dun Penanti, kedua-dua penyandang ketika itu di mana seorang mengalami tekanan daripada ancaman luar manakala seorang lagi dikatakan terlibat dengan rasuah oleh SPRM yang kononnya mereka punyai bukti kukuh untuk mendakwa beliau. Namun apabila beliau ingin meletak jawatan, barulah SPRM isytiharkan beliau bersih daripada rasuah. Ini disebabkan beliau bukanlah seperti 2 ekor katak di Perak yang boleh dipermainkan, dipergunakan dan dibeli oleh wang ringgit. Jadi, adakah kita boleh katakan yang Anwar telah atur kesemua pilihanraya kecil selama ini???

Kini Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat Pas akan menyaksikan BN akan terpaksa menebalkan muka untuk meletak calon keldainya. Sama-samalah kita menyaksikan kebangkitan Rakyat Permatang Pasir untuk menzahirkan satu kemenangan bermakna buat Pas dan Pakatan Rakyat. Lawan Tetap Lawan. Takbir!!!

'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor' - Malaysiakini

|

Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka. "Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.
Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Isu lembu korban
Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.
Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.

Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek "people-centric" oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.
'Guna jentera kerajaan'

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).

"Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai," katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.

"Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).

"Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat," katanya.

Isu Debat Diputarbelit Media Pro-UMNO, Surat Debat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YAB Perdana Menteri Didedahkan...

|

(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sumber: http://www.blogtokguru.com/pages/posting/17/surat-debat-tok-guru-kepada-pm

Mahkamah Persekutuan dengar kes DS. Nizar hari ini

|

Mahkamah Persekutuan,mahkamah tertinggi di negara ini akan mula mendengar rayuan Ds. Nizar pada hari ini.Pada pertengahan bulan lepas Ds. Nizar melalui peguamnya telah memfailkan kes ke Mahmakah Persekutuan bersabitan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Mugabe sebagai MB Perak.

Sebelum itu Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah.Walaupun dalam keadaan kesukaran iaitu telah dinafikan hak untuk mendapatkan hujah bertulis penghakiman mahkamah rayuan namun barisan peguam yang mewakili Ds Nizar tetap membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.

Di sinilah harapan terakhir bagi Ds. Nizar dan buat rakyat negeri Perak seluruhnya untuk menuntut hak mereka yang telah dirampas beberapa bulan yang lalu.Proses perbicaraan yang aka bermula jam 9 pagi telah ditetapkan berlansung selama 2 hari iaitu hari ini dan esok.DPPKL ingin mengajak seluruh pendokong PR supaya sama-sama mendoakan agar keputusan menyebelahi Ds. Nizar sebagai Mb Perak yang sah.

Kenapa Mahathir Beria-ia Benar Bercakap Bagi Pihak Najib?

|

Ini petikan yang diambil dari mStar online...
PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.
"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.
Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.
Apa yang ingin Mahathir katakan sebenarnya ni???
Katakan saja la bahawa beliau merupakan guru kepada Najib. Kalau benar Najib yang dituduh pelbagai perkara leh berdiam diri, mengapa orang lain yang lebih senduk dari kuah??? Apakah ada gaji yang dibayar oleh Najib untuk Mahathir bagi menjawab untuk pihaknya?
Sudah-sudah la tu Mahathir, rakyat dah tau nak fikir sendiri mana yang benar atau tidak benar... Tak payah nak racun fikiran rakyat yang dah muak dengan segala macam cerita yang hendak menutup bau najis yang telah merebak ke seluruh dunia ini...
Kepada Najib, anda ada peluang untuk memperbaiki diri, tak perlu ada orang lain untuk anda berjaya. Berubahlah demi rakyat Malaysia, anda adalah pemimpin, bukannya dipimpin...

Calon DUN Penanti, Mungkinkah Daripada PAS?

|

Ketika desas desus mengatakan calon yang bakal menggantikan tempat Fairus Khairudin yang bakal diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang baru, Dr Mansor Othman iaitu Timbalan Pengerusi PKR Negeri disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas di tangan calon BN, Haji Muhamad Farid Saad. Dan ini satu lagi berita yang sedang bertiup kencang di sekitar Penanti. Dikatakan bahawa Anwar Ibrahim akan berbincang dengan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat negeri untuk memberi ruang kepada Pas untuk meletakkan calon bagi bertanding di Dun Penanti.
Sememangnya ini bukanlah perkara mustahil. Bukanlah kerana Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak yakin akan memenangi kerusi tersebut, tetapi jika dinilai daripada keseluruhan aspek, peluang Pas untuk menang lebih besar dan calon Pas juga dikatakan lebih layak untuk diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Sebelum ini, Fairus dikatakan hanya dipilih di saat akhir berikutan tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi sekaligus boleh membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Dan, apabila ini berlaku, calon yang mahu diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri hanya dilihat dari kelayakan calon dan kawasan calon berkenaan dan akhirnya Fairus yang dipilih.
Ketika seluruh rakyat Pulau Pinang terutamanya Melayu dilihat lebih menginginkan calon Pas yang akan dipilih untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri ketika pilihanraya umum Mac tahun lalu, namun calon PKR yang dipilih akhirnya.
Ini merupakan peluang untuk Dato'Seri Anwar untuk memilih kembali calon Pas yang dirasakan benar-benar layak untuk mengangkat martabat umat Islam di Pulau Pinang lebih tinggi daripada sebelum ini yang tidak mampu dilakukan oleh Fairus Khairudin.
Perletakkan jawatan Fairus bukanlah satu pembaziran wang rakyat berbanding berjuta-juta wang rakyat yang telah ditelan oleh kroni-kroni UMNO/Barisan Nasional sebelum ini. Namun, ianya lebih kepada menyerahkan kepada hak rakyat untuk menentukan sendiri calon Timbalan Ketua Menteri yang lebih menyakinkan dan boleh membawa ciri-ciri Islam yang lebih kukuh.
Semoga Dato' Seri Anwar dapat menimbangkan perkara ini. Walaubagaimanapun sekiranya bukan calon Pas yang dipilih, tidak kira siapa yang menjadi calon Pakatan Rakyat, Barisan Nasional khususnya UMNO tidak sekali-kali akan diberi peluang kembali untuk merampas Dun Penanti. Lawan Tetap Lawan...

Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti, Dr Mansor Othman Bakal Calon PKR?

|

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini...
Lawan Tetap Lawan...
Apakah ini gol ke-empat bakal dijaringkan oleh Pakatan Rakyat??? Apa-apapun drama pilihanraya kecil telah bermula. UMNO bakal meletakkan calonnya. Dan Najib Tun Razak akan melantik seseorang untuk menjadi Ketua, mungkin juga dirinya sendiri.. Itupun jika beliau masih berani...
Dan mungkinkah Mahathir masih ada hati ingin membantu untuk berkempen? Tak lupa juga Ezam dengan kotak-kotaknya yang telah hilang di setiap pilihanraya.. Semua ini akan sekali lagi berlaku...
Pastinya Pakatan Rakyat telah pun siap sedia untuk bertempur.. Ayuh kita tingkatkan majoriti PKR kali ini...

Akhirnya Kemenangan Milik Pakatan Rakyat!!!

|

Setelah undi-undi dikira di kedua-dua bukit iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, akhirnya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, rakyat masih lagi mengharapkan sesuatu daripada Menteri Besar Perak yang sah iaitu Ir.Nizar Jamaludin. Kemenangan beliau jelas membuktikan Barisan Nasional yang kini dipimpin oleh Najib Tun Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ditolak oleh sebahagian besar penduduk Parlimen Bukit Gantang.

Tidak keterlaluan dikatakan rakyat masih mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar mereka yang sah. Kepada Zambry, anda boleh duduk diam kerana anda hanya mampu mengarah dari tepi dan tidak berani menentang Nizar secara gentleman. Rakyat sudah bersuara, kerusi manakah selepas ini? Sudah 2 Parlimen yang asalnya dimiliki oleh Pakatan Rakyat teleh dikorbankan dan masih terbukti ianya hanya untuk Pakatan Rakyat dan 1 Parlimen yang dikorbankan oleh Barisan Nasional apabila penyandangnya meninggal dunia juga menyaksikan kuasa rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat memerintah dengan segera.

Tiada apa yang dapat menandingi kekuasaan Yang Maha Esa. Dengan kemenangan ini, mudah-mudahan Rakyat Malaysia lebih kenal siapa Barisan Nasional yang sebenarnya. Kuasa yang ada pada mereka hanya mampu membalacikan media-media arus perdana namun tidak mampu untuk mempengaruhi minda masyarakat Malaysia yang mahukan perubahan dan kepimpinan yang lebih bertanggungjawab. Syabas kepada PAS dan PKR di atas kemenangan ini. Tidak lupa kepada DAP yang turut membantu. Hidup Pakatan Rakyat!!! Takbir!!!!

BN Jaringkan Gol Pertama!!!

|

Malcolm Mussen Lamoh dari PRS berjaya memecah kebuntuan perlawanan untuk pasukan Barisan Nasional apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan. Penjaga gol dari pasukan Pakatan Rakyat, Jawah Gerang hanya mampu menggelengkan kepala apabila menyaksikan gol mudah itu.

Walaupun diasak dari kedua-dua penjuru oleh Pakatan Rakyat, namun Barisan Nasional lebih dahulu mendapatkan gol mudah melalui sepakan Penalti. Walaupun gol itu hanya penalti, Pakatan Rakyat nampaknya tidak mahu mengalah dan sekarang mereka begitu bersemangat dan bermati-matian untuk mengasak melalui Bukit Gantang diketuai oleh Pemain Sayan iaitu, Ir.Nizar Jamaludin.

Begitupun, sekali sekala barisan pertahanan Barisan Nasional seakan pening untuk mematahkan serangan daripada sebelah Bukit Selambau melalui pemain Pakatan Rakyat iaitu. S.Manikumar. Serangan masih terus dilakukan...

Keputusan Terkini: BN dijangka Menang Besar di Batang Ai, PAS-PKR kembali menguasai Bukit Gantang-Bukit Selambau

|

Tidak Rasmi: Dari maklumat tidak rasmi yang diterima, dikatakan BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di Dun Batang Ai apabila beberapa kotak telah pun dibuka menyaksikan persaingan antara BN dan PKR.

Manakala di Dun Bukit Selambau, para pemerhati masih teragak-agak untuk memberikan keputusan kerana perkiraan undi yang agak rumit disebabkan kotak-kotak undi yang diterima terpaksa diasingkan kepada 15 kotak mengikut senarai calon-calon yang bertanding.

Di Bukit Gantang pula dikatakan tidak menghadapi masalah besar buat calon PAS, Ir.Nizar Jamaludin yang menentang calon UMNO, Ismail Safian. Namun dari risikan, penyokong-penyokong BN-UMNO telahpun meninggalkan kawasan perkiraan undi disebabkan banyak kertas undi yang disebut lebih memihak kepada calon PAS itu.

Proses pengiraan undi masih berjalan lagi...

KISAH BENAR MASJID SIMPANG TAIPING SEMALAM.

|

Saya menerima tel sahabat bertanyakan tentang kejadian "Rampasan Kuasa" di satu Masjid di Bukit Gantang. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Nizar Jamaludin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taipig... Cantikkk. Imamnya adalah sahabat baik saya...
Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur... " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...
Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan Pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya usatz MPT- Terompah le tu ustaz jelmaan -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat " wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah... Lepas ni mungkin kena pecat le ana.... Beliau menghabiskan cerita... Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya....
Kesimpulan; Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... Zamri.... Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayaiiiiNak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagiiii.maaf le... Cerita penuh juge ada dalam Al Banjari sahabt yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada Setpol pun ada...macam macam ada..
Sumber: haninasution

Situasi Berubah? Pemilihan UMNO Atau Bilangan Penyokong? Jawapannya Ada di Bukit Gantang..

|



Memetik kata-kata daripada Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman mengenai peralihan kuasa dalam UMNO itu dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam hanyalah mampu meredakan pergolakan dalaman parti itu dan bukannya corak pemerintahan BN keseluruhannya.




Malah perubahan kepimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama mengenai perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. Kedudukan kerusi di Dun Batang Ai, Sarawak dan Dun Bukit Selambau juga masih sukar buat UMNO untuk melakukan sesuatu.


Jika dilihat situasi ketika hari penamaan calon berlangsung, seluruh rakyat Malaysia boleh membuat tanggapan bahawa parti mana yang bakal memenangi kerusi di Parlimen Bukit Gantang tersebut. Oleh demikian, pemilihan Agung UMNO yang baru saja selesai ini dianggap tidak berjaya memainkan peranan untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap parti yang kononnya dikatakan memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Jika ini kesudahannya, bukan sahaja pilihanraya kecil ini bakal menunjukkan jalan keluar buat UMNO malah tidak keterlaluan jika dikatakan Pilihanraya Umum ke-13 nanti, UMNO akan tinggal kenangan buat seluruh rakyat Malaysia.



Lagi Gambar-gambar sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang.































Buatlah perbandingan anda sendiri, penyokong mana lebih ramai? Jika anda katakan, situasi hari penamaan calon tidak mencerminkan keputusan pada hari pembuangan undi nanti, lihat apa yang jadi ketika 2 pilihanraya kecil sebelum ini. Tepuk dada, tanya selera...

Jangkaan ramai: Masa Depan UMNO Akan Lebih Pudar

|

Lengkap sudah rasanya pemilihan kali ini, menyaksikan akhirnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.
Sambil menonton pemilihan tersebut secara langsung daripada Astro Awani, pengacara Kamarul Baharin menemubual 3 orang panel, iaitu Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Eksekutif, AEI-UM, Norizan Shariff, Ketua Eksekutif INMIND dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya.
Beberapa perkara penting yang dibincangkan dalam rancangan tersebut. Tetapi pendekkan cerita, saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Paling menarik apabila Norizan Shariff turut bersetuju dengan penyesalan yang dilahirkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkashi mengenai tingkahlaku perwakilan-perwakilan yang lebih minat berada di luar dewan untuk keluar shopping semasa berbagai resolusi penting sedang dibincangkan yang melibatkan persoalan-persoalan bangsa, agama dan pendidikan. Inikah masa depan UMNO?
Sebelum nama Khairy Jamaludin diumumkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, bagaikan sudah dijangka, ketiga-tiga ahli panel terbabit cuba membayangkan apa akan jadi dengan UMNO jika pemimpin yang sudah diakui sendiri oleh Lembaga Disiplin yang penglibatannya dengan rasuah politik yang jika diikutkan dari segi undang-undang, ianya sudah menjadi kesalahan jenayah. Dan UMNO perlu menjawab persoalan-persoalan rakyat mengenai pemilihan ini di ketiga-tiga Pilihanraya kecil yang akan datang ini malah juga Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Buat rakyat Malaysia, renunglah sejenak... Inikah barisan pemimpin masa depan kita jika kita mahukan UMNO? Tepuk dada, tanyalah selera... Jangan sayangkan bangsa lebih daripada sayangkan agama...

Perdana Menteri Malaysia Mestilah Presiden UMNO?

|

Perdana Menteri Malaysia biasanya dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu apabila proses peralihan kuasa dilakukan sepertimana Tun Dr. Mahathir menyerahkan jawatan tertinggi kerajaan itu kepada timbalannya Dato' Seri Abdullah Badawi untuk menggantikannya. Namun timbul persoalan adakah benar Paklah akan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya sekarang ini iaitu, Najib Tun Razak?
Itu semua sememangnya menjadi bualan hangat di mana-mana sahaja baik dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri. Saya tidak mahu mengulas lanjut bukti-bukti atau cakap-cakap orang mengenai Paklah tidak akan serahkan jawatan itu kepada Najib. Di sini saya ingin mengajak forumer semua berfikir, apakah Najib lebih sesuai dijatuhkan sekarang atau selepas beliau bergelar PRESIDEN UMNO?.
Mungkin ramai yang mahukan Najib supaya dijatuhkan sekarang kerana beliau bukan sahaja telah memalukan Malaysia dengan kes-kes yang kita semua sedia maklum, namun kredebiliti dan tahap integriti beliau dalam menjadi Pemimpin kepada hampir 27 juta rakyat Malaysia menjadi persoalan.
Himpunan kes-kes rasuah yang tidak langsung disiasat walaupun telah beratus laporan dibuat ke atasnya, Akuan-akuan Bersumpah yang mengaitkannya juga langsung tidak diambil peduli oleh mana-mana pihak berkuasa juga menjadi penyebab mengapa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Kita tahu yang UMNO cukup kebal kerana apa? Hanya kerana namanya UMNO. Jadi, apa jua yang menjadi kebencian rakyat, sudah semestinya kita tujukan kepada pucuk pimpinannya itu satu jawatan yang dipanggil PRESIDEN.
Kalau permintaan rakyat Malaysia itu tertunai sekarang dan Najib berjaya dijatuhkan sebelum pertabalannya menjadi Perdana Menteri ke-6 tidak berlaku, sokongan rakyat terhadap kepimpinan Paklah sebagai PRESIDEN UMNO yang juga sebagai Perdana Menteri Malaysia pastinya kembali kuat. Perancangan demi perancangan dalam dunia politik Malaysia sudah berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menyaksikan UMNO semakin lemah dengan barisan kepimpinannya tidak menyakinkan rakyat.
Dengan pencalonan tunggal Najib sebagai Presiden UMNO, 2 calon Timbalan Presiden yang pemilihan mereka dilihat seperti ada udang di sebalik batu, calon-calon Naib Presiden yang ada diantara mereka yang merosakkan pemikiran anak-anak Melayu, 3 calon Ketua Pemuda yang 2 daripadanya kita cukup tahu pelbagai skandal rasuah politik dan pentadbiran ketika dalam kerajaan dan 1 lagi menjadi anak suruhan kepada bapanya sendiri, semua ini menjadi tanda tanya kepada kita apakah masa depan rakyat Malaysia khususnya Melayu nanti jika inilah pemimpin yang dipilih oleh UMNO?
Inilah buktinya UMNO sudah tidak releven lagi dalam dunia politik tanahair. UMNO perlu ditolak oleh generasi akan datang. Justeru, biarlah Najib menjadi Presiden terlebih dahalu, barulah kita ajak Paklah bekerjasama untuk menjahanamkan UMNO melalui Presidennya yang ketika itu kita kenal namanya Najib Tun Razak Altantuya!
Sambungan...
1) Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
2) Berikutan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, Yang di-Pertuan Agong, dalam melaksanakan tanggungjawab serta kuasa Baginda berdasarkan Perkara 43(2), telah melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri;
3) Dalam bulan Oktober 2008, sebuah perjanjian peralihan kuasa telah dipersetujui antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Abdul Razak berpandukan syarat-syarat, yang mana antaranya:-
a) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai presiden UMNO dalam pilihan raya UMNO pada Mac 2009; dan
b) Sekiranya Dato Seri Najib dipilih sebagai presiden UMNO pada bulan Mac 2009, perbincangan serta rundingan berkenaan peralihan kuasa serta jawatan Perdana Menteri daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Abdul Razak akan berlangsung;
4) Ketika tamat tempoh penamaan calon bagi pilihan raya UMNO yang bakal berlangsung pada Mac 2009, Dato Seri Najib merupakan individu tunggal yang berjaya memperoleh jumlah pencalonan yang diperlukan bagi melayakkan beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden, secara langsung membuka jalan bagi beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO setibanya Mac 2009, jika tiada aral melintang.
5) Sekiranya Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan beliau sebagai Perdana Menteri setelah pengesahan Dato Seri Najib sebagai menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO pada Mac 2009, adalah diramalkan bahawa Dato Seri Najib akan mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk mempersembahkan kepada Baginda Tuanku bahawa majoriti dari anda mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau dan lantaran itu, memohon perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti mana yang digariskan dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan Kami turut mengambil maklum bahawa:-
6) Wujudnya persepsi yang salah di kalangan ramai dari UMNO khususnya dan Barisan Nasional umumnya bahawa Perdana Menteri Malaysia semestinya presiden UMNO, yang jelas bertentangan dengan Perkara 43(2) perlembagaan Persekutuan; dan
7) Kesemua mantan Perdana Menteri tatkala menjawat jawatan tersebut, serta Perdana Menteri sekarang, merupakan presiden UMNO dan ketika tempoh perlantikan masing-masing, tiada perhatian serius yang diberikan bagi mempersoalkan, apatah lagi meragui sekiranya kesemua mantan Perdana Menteri atau Perdana Menteri yang kini memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat yang terdahulu dan yang kini.
Kami kini meminta anda sekalian Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat, untuk turut mengambil maklum perkara berikut yang telah menimbulkan persoalanan yang serius berkenaan kesesuaian serta merencat dan seterusnya menghapuskan sebarang bibit-bibit keyakinan terhadap Dato Seri Najib bagi memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri

Sivakumar boleh diwakili peguam peribadi - Padan Muka Hakim Ridhuan

|

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Sumber: mstar

Soalan Dari Seorang Anak - Allah Ada Di Mana?

|

Macam biasa, bila online je aku akan terus buka laman2 politik untuk dapatkan maklumat terkini, al-maklumlah... nak harapkan media perdana, hampehh....huhu, tak kisah la, janji aku memang tak percaya kat Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 suku tu. Hm, sedang aku melawat thread2 dalam Tranungkite tu, tiba2 mata aku tertancap pada satu thread yang agak menarik untuk kita kongsikan di sini.. ye la, aku bukannya ustad pun... tetapi kita hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran untuk sama-sama membantu dan berkongsi maklumat sesama Islam...
Threadnya lebih kurang gini bunyinya.(bukan kurang lagi la tapi mmg yang ni la)..hehe, saja aku copy senang....paste je kat sini, abis cita...hehe...
salamm....soalan tu anak saya yg umur 6 tahun yg tanya...mula2 tu terkedu jgk seketika...tak sangka dia akan tanya mcm tuu...saya jawab,ALLAH ada kat mana2... semua tempat ALLAH ada...walaupun kita sembunyi,org tak nampak...tapi ALLAH ada...ALLAH tetap nampak...anak saya kata... kawan dia kata ALLAH ada kt awan...minta sahabat forumer yg bijaksana berikan pendapat... mungkin ada jawapan anda yg lebih tepat dan mantap..... segala pandangan anda, saya dahului dgn ucapan terima kasih......
hm, payah gak bila baca soalan ni kan? Tapi aku renung sejenak, harap2 leh bantu sahabat kita ni... Jadi aku nak konsikan jawapan ni dengan korang... harap-harap Allah ampunkan aku...
Kalau ada anak-anak tanya soalan "Mak, Allah ada kat mana?"
Jawap macam ni...
Sebenarnya Allah itu ada tetapi kita tak boleh melihatnya sekarang kerana sekarang ni hanya Allah yang berhak tengok kita. Kita cuma boleh tengok Allah lepas kita mati atau dunia dah khiamat nanti...
Kemudian, jika si anak bertanya lagi "Kalau macam tu, macam mana kita leh pasti yang Allah tu memang ada kalau kita tak nampak, macam mana kita tau kita boleh tengok Dia lepas mati/khiamat nanti...
Jawap macam ni... "Sebab tu kita kena yakin sangat2 bahawa Allah itu ada. Buktinya, masa kita sembahyang, kita sujud pada siapa? Tu tandanya kita buat apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya, maknanya kita yakin la yang Allah itu ada... kalau tak, semua orang akan buat benda jahat ja dalam dunia ni sebab tak pernah nampak Allah... adik nak jadi orang jahat ke? Mesti taknak kan? Jadi, kalau nak jadi baik, kena yakin la Allah itu ada....
ini yang dapat saya kongsikan... Tapi, kena ingat la, ni jawapan untuk budak2... kalau orang dewasa lain yang jahil....lain la jawapnya, kena rujuk hadis dan ayat-ayat Al-Quran la pulak....kalau kurang tu maafkan la...Wallahualam...

Kontroversi!!! Najib Pernah Jumpa Altantuya Di Kelab

|

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Sumber: Malaysiakini

Malam Penerangan Setahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

|




Ucapan Oleh: 1. YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

2. YB Muhammad Fairus bin Khairudin
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I

3. Prof. Dr. P.Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II

Turut Hadir: Semua Ahli Parlimen, EXCO, ADUN Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Tempat : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI...

Jangankan Bawah pokok, Sidang Atas Pokok Pun Sah!!!

|

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.


Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.

PR Nak Bubar Dun, BN Halang Dun Dari Bersidang - Siapa Gila Kuasa Sebenarnya?

|


Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup. Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.
Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.

Sumber: Malaysiakini

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

|

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)

Rasullullah bersabda:
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM
Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama..

Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Sumber: http://72.14.235.132/search?q=cache:http://www.umno-reform.com/mei03/yusuff24052003.htm