BAGAIMANA NAK TOLAK HUJAH AUTA DENGAN FAKTA…

|

1. Benarkah calon DAP boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat Berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu?

Jawapan : Perlantikan jawatan Perdana Menteri Malaysia memerlukan perkenan daripada YDP Agong apabila parti yang bertanding mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

2. Jadi, apabila DAP menang kesemua kerusi yang ditandingi, adakah suara mereka merupakan suara majoriti di Parlimen?

Jawapan: Pertama, anda perlu tahu bilangan suara majoriti dalam Parlimen adalah 112 kerusi. Dalam PRU13, DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya, apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi. Seandainya DAP menang kesemua kerusi yang ditandinginya iaitu 51 kerusi, ia masih jauh untuk mendapat suara majoriti kerana masih kurang lagi 61 kerusi. Daripada 38 kerusi ini, 3 orang adalah Melayu.

3. Hm, kalau begitu, benarlah bahawa DAP perlu dapatkan sokongan daripada PAS dan PKR untuk mendapatkan 61 kerusi lagi.

Jawapan: Benar. Namun, anda perlu faham bahawa PAS menang 21 daripada sebanyak 73 kerusi Parlimen yang dimenanginya dan kesemuanya adalah berbangsa Melayu. PKR pula bertanding di 98 kerusi dan menang 30 kerusi di mana 16 daripadanya adalah Melayu. 21 + 16 + 3 = 40 (kerusi Melayu). Dan bakinya adalah 14 kerusi Bukan Melayu 14 (PKR) + 35 (DAP) = 49 kerusi Bukan Melayu.

4. Bermakna DAP Bukan Islam masih majoriti dalam Pakatan Rakyat. Ini membolehkan mereka melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.

Jawapan: TIDAK. Sebabnya anda hanya membaca angka ketika Pakatan Rakyat hanya memenangi 89 kerusi sahaja. Situasi Pilihan Raya di Malaysia adalah kebiasaannya, apabila BN melalui MCA/GERAKAN dan MIC meletakkan kaum Bukan Melayu sebagai calon, mereka akan ditentang oleh calon DAP atau PKR yang Bukan Melayu juga. Begitu juga apabila BN melalui UMNO meletakkan calon Melayu, mereka akan ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan PKR! Bukankah saya telah katakan tadi, suara majoriti hanyalah 112 kerusi. Namun anda lupa bahawa Jumlah Kerusi Parlimen adalah 222 kerusi. DAP hanya meletakkan calon di 51 kerusi sahaja. Sekiranya Pakatan Rakyat yang menang, bakinya sudah tentu datang daripada calon PAS dan PKR yang Melayu Islam kerana mereka menang di tempat UMNO BN bertanding. Tanya pada diri anda semula, apakah sekiranya kesemua 51 calon DAP ini kalah pada MCA/MIC/GERAKAN dan kesemua Melayu UMNO kalah pada PAS dan PKR , anda akan kata UMNO ikut telunjuk Cina???