Kenapa Mahathir Beria-ia Benar Bercakap Bagi Pihak Najib?

|

Ini petikan yang diambil dari mStar online...
PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.
"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.
Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.
Apa yang ingin Mahathir katakan sebenarnya ni???
Katakan saja la bahawa beliau merupakan guru kepada Najib. Kalau benar Najib yang dituduh pelbagai perkara leh berdiam diri, mengapa orang lain yang lebih senduk dari kuah??? Apakah ada gaji yang dibayar oleh Najib untuk Mahathir bagi menjawab untuk pihaknya?
Sudah-sudah la tu Mahathir, rakyat dah tau nak fikir sendiri mana yang benar atau tidak benar... Tak payah nak racun fikiran rakyat yang dah muak dengan segala macam cerita yang hendak menutup bau najis yang telah merebak ke seluruh dunia ini...
Kepada Najib, anda ada peluang untuk memperbaiki diri, tak perlu ada orang lain untuk anda berjaya. Berubahlah demi rakyat Malaysia, anda adalah pemimpin, bukannya dipimpin...

Calon DUN Penanti, Mungkinkah Daripada PAS?

|

Ketika desas desus mengatakan calon yang bakal menggantikan tempat Fairus Khairudin yang bakal diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang baru, Dr Mansor Othman iaitu Timbalan Pengerusi PKR Negeri disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas di tangan calon BN, Haji Muhamad Farid Saad. Dan ini satu lagi berita yang sedang bertiup kencang di sekitar Penanti. Dikatakan bahawa Anwar Ibrahim akan berbincang dengan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat negeri untuk memberi ruang kepada Pas untuk meletakkan calon bagi bertanding di Dun Penanti.
Sememangnya ini bukanlah perkara mustahil. Bukanlah kerana Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak yakin akan memenangi kerusi tersebut, tetapi jika dinilai daripada keseluruhan aspek, peluang Pas untuk menang lebih besar dan calon Pas juga dikatakan lebih layak untuk diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Sebelum ini, Fairus dikatakan hanya dipilih di saat akhir berikutan tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi sekaligus boleh membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Dan, apabila ini berlaku, calon yang mahu diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri hanya dilihat dari kelayakan calon dan kawasan calon berkenaan dan akhirnya Fairus yang dipilih.
Ketika seluruh rakyat Pulau Pinang terutamanya Melayu dilihat lebih menginginkan calon Pas yang akan dipilih untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri ketika pilihanraya umum Mac tahun lalu, namun calon PKR yang dipilih akhirnya.
Ini merupakan peluang untuk Dato'Seri Anwar untuk memilih kembali calon Pas yang dirasakan benar-benar layak untuk mengangkat martabat umat Islam di Pulau Pinang lebih tinggi daripada sebelum ini yang tidak mampu dilakukan oleh Fairus Khairudin.
Perletakkan jawatan Fairus bukanlah satu pembaziran wang rakyat berbanding berjuta-juta wang rakyat yang telah ditelan oleh kroni-kroni UMNO/Barisan Nasional sebelum ini. Namun, ianya lebih kepada menyerahkan kepada hak rakyat untuk menentukan sendiri calon Timbalan Ketua Menteri yang lebih menyakinkan dan boleh membawa ciri-ciri Islam yang lebih kukuh.
Semoga Dato' Seri Anwar dapat menimbangkan perkara ini. Walaubagaimanapun sekiranya bukan calon Pas yang dipilih, tidak kira siapa yang menjadi calon Pakatan Rakyat, Barisan Nasional khususnya UMNO tidak sekali-kali akan diberi peluang kembali untuk merampas Dun Penanti. Lawan Tetap Lawan...

Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti, Dr Mansor Othman Bakal Calon PKR?

|

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini...
Lawan Tetap Lawan...
Apakah ini gol ke-empat bakal dijaringkan oleh Pakatan Rakyat??? Apa-apapun drama pilihanraya kecil telah bermula. UMNO bakal meletakkan calonnya. Dan Najib Tun Razak akan melantik seseorang untuk menjadi Ketua, mungkin juga dirinya sendiri.. Itupun jika beliau masih berani...
Dan mungkinkah Mahathir masih ada hati ingin membantu untuk berkempen? Tak lupa juga Ezam dengan kotak-kotaknya yang telah hilang di setiap pilihanraya.. Semua ini akan sekali lagi berlaku...
Pastinya Pakatan Rakyat telah pun siap sedia untuk bertempur.. Ayuh kita tingkatkan majoriti PKR kali ini...

Akhirnya Kemenangan Milik Pakatan Rakyat!!!

|

Setelah undi-undi dikira di kedua-dua bukit iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, akhirnya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, rakyat masih lagi mengharapkan sesuatu daripada Menteri Besar Perak yang sah iaitu Ir.Nizar Jamaludin. Kemenangan beliau jelas membuktikan Barisan Nasional yang kini dipimpin oleh Najib Tun Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ditolak oleh sebahagian besar penduduk Parlimen Bukit Gantang.

Tidak keterlaluan dikatakan rakyat masih mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar mereka yang sah. Kepada Zambry, anda boleh duduk diam kerana anda hanya mampu mengarah dari tepi dan tidak berani menentang Nizar secara gentleman. Rakyat sudah bersuara, kerusi manakah selepas ini? Sudah 2 Parlimen yang asalnya dimiliki oleh Pakatan Rakyat teleh dikorbankan dan masih terbukti ianya hanya untuk Pakatan Rakyat dan 1 Parlimen yang dikorbankan oleh Barisan Nasional apabila penyandangnya meninggal dunia juga menyaksikan kuasa rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat memerintah dengan segera.

Tiada apa yang dapat menandingi kekuasaan Yang Maha Esa. Dengan kemenangan ini, mudah-mudahan Rakyat Malaysia lebih kenal siapa Barisan Nasional yang sebenarnya. Kuasa yang ada pada mereka hanya mampu membalacikan media-media arus perdana namun tidak mampu untuk mempengaruhi minda masyarakat Malaysia yang mahukan perubahan dan kepimpinan yang lebih bertanggungjawab. Syabas kepada PAS dan PKR di atas kemenangan ini. Tidak lupa kepada DAP yang turut membantu. Hidup Pakatan Rakyat!!! Takbir!!!!

BN Jaringkan Gol Pertama!!!

|

Malcolm Mussen Lamoh dari PRS berjaya memecah kebuntuan perlawanan untuk pasukan Barisan Nasional apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan. Penjaga gol dari pasukan Pakatan Rakyat, Jawah Gerang hanya mampu menggelengkan kepala apabila menyaksikan gol mudah itu.

Walaupun diasak dari kedua-dua penjuru oleh Pakatan Rakyat, namun Barisan Nasional lebih dahulu mendapatkan gol mudah melalui sepakan Penalti. Walaupun gol itu hanya penalti, Pakatan Rakyat nampaknya tidak mahu mengalah dan sekarang mereka begitu bersemangat dan bermati-matian untuk mengasak melalui Bukit Gantang diketuai oleh Pemain Sayan iaitu, Ir.Nizar Jamaludin.

Begitupun, sekali sekala barisan pertahanan Barisan Nasional seakan pening untuk mematahkan serangan daripada sebelah Bukit Selambau melalui pemain Pakatan Rakyat iaitu. S.Manikumar. Serangan masih terus dilakukan...

Keputusan Terkini: BN dijangka Menang Besar di Batang Ai, PAS-PKR kembali menguasai Bukit Gantang-Bukit Selambau

|

Tidak Rasmi: Dari maklumat tidak rasmi yang diterima, dikatakan BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di Dun Batang Ai apabila beberapa kotak telah pun dibuka menyaksikan persaingan antara BN dan PKR.

Manakala di Dun Bukit Selambau, para pemerhati masih teragak-agak untuk memberikan keputusan kerana perkiraan undi yang agak rumit disebabkan kotak-kotak undi yang diterima terpaksa diasingkan kepada 15 kotak mengikut senarai calon-calon yang bertanding.

Di Bukit Gantang pula dikatakan tidak menghadapi masalah besar buat calon PAS, Ir.Nizar Jamaludin yang menentang calon UMNO, Ismail Safian. Namun dari risikan, penyokong-penyokong BN-UMNO telahpun meninggalkan kawasan perkiraan undi disebabkan banyak kertas undi yang disebut lebih memihak kepada calon PAS itu.

Proses pengiraan undi masih berjalan lagi...