Al-Fatihah...Adun Permatang Pasir Meninggal Dunia - Satu Lagi Pilihanraya Kecil

|

ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

YB Utd. Hamdan merupakan satu-satunya Adun PAS Negeri Pulau Pinang yang Berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pasir selama tiga penggal berturut. Pertengahan bulan Julai yang lalu menyaksikan satu pilihanraya diadakan di Manik Urai Kelantan yang akhirnya dimenangi oleh Pas manakala sebelum itu, pilihanraya kecil Dun Penanti juga dimenangi oleh parti sekutu Pas iaitu PKR.

Satu demi satu pilihanraya kecil berlalu yang mana berlakunya 2 kematian pada kerusi Parlimen (Kuala Terengganu dan Bukit Gantang), manakala 3 kematian berlaku di Dun Batang Ai, Manik Urai dan kini Permatang Pasir. Bagi kes meletak jawatan pula, 1 Parlimen (Permatang Pauh) dan 2 Dun (Bukit Selambau dan Penanti) menyaksikan ketiga-tiga kerusi dimenangi oleh PKR.
Secara teorinya kita dapat melihat apabila berlaku kematian, kesemua kerusi yang ditandingi oleh Pas akhirnya menemui kejayaan manakala bagi kerusi yang berlakunya perletakan jawatan dapat dikuasi oleh PKR. Dan kerusi yang dimenangi oleh BN hanya di Batang Ai yang kita semua tahu Adunnya meninggal dunia. Justeru, masih lagi dengan secara teorinya, jika Pas meletak calonnya pada pilihanraya kecil Permatang Pasir, InsyaAllah, Pas akan menang. Kalau dahulu dengan majority 5433 undi.

Kalau kita kenang kata-kata salah seorang penyokong BN sebelum ini yang mengatakan bahawa dalang pilihanraya kecil selama ini adalah Anwar Ibrahim. Mari kita lihat semula, pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau bertanding kerana kesudian isterinya, Datin Seri Wan Azizah melepaskan jawatan untuk membolehkan beliau mewakili suara rakyat dalam Dewan Parlimen, manakala di Dun Bukit Selambau dan Dun Penanti, kedua-dua penyandang ketika itu di mana seorang mengalami tekanan daripada ancaman luar manakala seorang lagi dikatakan terlibat dengan rasuah oleh SPRM yang kononnya mereka punyai bukti kukuh untuk mendakwa beliau. Namun apabila beliau ingin meletak jawatan, barulah SPRM isytiharkan beliau bersih daripada rasuah. Ini disebabkan beliau bukanlah seperti 2 ekor katak di Perak yang boleh dipermainkan, dipergunakan dan dibeli oleh wang ringgit. Jadi, adakah kita boleh katakan yang Anwar telah atur kesemua pilihanraya kecil selama ini???

Kini Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat Pas akan menyaksikan BN akan terpaksa menebalkan muka untuk meletak calon keldainya. Sama-samalah kita menyaksikan kebangkitan Rakyat Permatang Pasir untuk menzahirkan satu kemenangan bermakna buat Pas dan Pakatan Rakyat. Lawan Tetap Lawan. Takbir!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan