Keputusan Terkini: BN dijangka Menang Besar di Batang Ai, PAS-PKR kembali menguasai Bukit Gantang-Bukit Selambau

|

Tidak Rasmi: Dari maklumat tidak rasmi yang diterima, dikatakan BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di Dun Batang Ai apabila beberapa kotak telah pun dibuka menyaksikan persaingan antara BN dan PKR.

Manakala di Dun Bukit Selambau, para pemerhati masih teragak-agak untuk memberikan keputusan kerana perkiraan undi yang agak rumit disebabkan kotak-kotak undi yang diterima terpaksa diasingkan kepada 15 kotak mengikut senarai calon-calon yang bertanding.

Di Bukit Gantang pula dikatakan tidak menghadapi masalah besar buat calon PAS, Ir.Nizar Jamaludin yang menentang calon UMNO, Ismail Safian. Namun dari risikan, penyokong-penyokong BN-UMNO telahpun meninggalkan kawasan perkiraan undi disebabkan banyak kertas undi yang disebut lebih memihak kepada calon PAS itu.

Proses pengiraan undi masih berjalan lagi...

0 ulasan:

Catat Ulasan