Akhirnya Kemenangan Milik Pakatan Rakyat!!!

|

Setelah undi-undi dikira di kedua-dua bukit iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, akhirnya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, rakyat masih lagi mengharapkan sesuatu daripada Menteri Besar Perak yang sah iaitu Ir.Nizar Jamaludin. Kemenangan beliau jelas membuktikan Barisan Nasional yang kini dipimpin oleh Najib Tun Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ditolak oleh sebahagian besar penduduk Parlimen Bukit Gantang.

Tidak keterlaluan dikatakan rakyat masih mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar mereka yang sah. Kepada Zambry, anda boleh duduk diam kerana anda hanya mampu mengarah dari tepi dan tidak berani menentang Nizar secara gentleman. Rakyat sudah bersuara, kerusi manakah selepas ini? Sudah 2 Parlimen yang asalnya dimiliki oleh Pakatan Rakyat teleh dikorbankan dan masih terbukti ianya hanya untuk Pakatan Rakyat dan 1 Parlimen yang dikorbankan oleh Barisan Nasional apabila penyandangnya meninggal dunia juga menyaksikan kuasa rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat memerintah dengan segera.

Tiada apa yang dapat menandingi kekuasaan Yang Maha Esa. Dengan kemenangan ini, mudah-mudahan Rakyat Malaysia lebih kenal siapa Barisan Nasional yang sebenarnya. Kuasa yang ada pada mereka hanya mampu membalacikan media-media arus perdana namun tidak mampu untuk mempengaruhi minda masyarakat Malaysia yang mahukan perubahan dan kepimpinan yang lebih bertanggungjawab. Syabas kepada PAS dan PKR di atas kemenangan ini. Tidak lupa kepada DAP yang turut membantu. Hidup Pakatan Rakyat!!! Takbir!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan