Ketika desas desus mengatakan calon yang bakal menggantikan tempat Fairus Khairudin yang bakal diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang baru, Dr Mansor Othman iaitu Timbalan Pengerusi PKR Negeri disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas di tangan calon BN, Haji Muhamad Farid Saad. Dan ini satu lagi berita yang sedang bertiup kencang di sekitar Penanti. Dikatakan bahawa Anwar Ibrahim akan berbincang dengan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat negeri untuk memberi ruang kepada Pas untuk meletakkan calon bagi bertanding di Dun Penanti.
Sememangnya ini bukanlah perkara mustahil. Bukanlah kerana Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak yakin akan memenangi kerusi tersebut, tetapi jika dinilai daripada keseluruhan aspek, peluang Pas untuk menang lebih besar dan calon Pas juga dikatakan lebih layak untuk diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Sebelum ini, Fairus dikatakan hanya dipilih di saat akhir berikutan tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi sekaligus boleh membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Dan, apabila ini berlaku, calon yang mahu diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri hanya dilihat dari kelayakan calon dan kawasan calon berkenaan dan akhirnya Fairus yang dipilih.
Ketika seluruh rakyat Pulau Pinang terutamanya Melayu dilihat lebih menginginkan calon Pas yang akan dipilih untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri ketika pilihanraya umum Mac tahun lalu, namun calon PKR yang dipilih akhirnya.
Ini merupakan peluang untuk Dato'Seri Anwar untuk memilih kembali calon Pas yang dirasakan benar-benar layak untuk mengangkat martabat umat Islam di Pulau Pinang lebih tinggi daripada sebelum ini yang tidak mampu dilakukan oleh Fairus Khairudin.
Perletakkan jawatan Fairus bukanlah satu pembaziran wang rakyat berbanding berjuta-juta wang rakyat yang telah ditelan oleh kroni-kroni UMNO/Barisan Nasional sebelum ini. Namun, ianya lebih kepada menyerahkan kepada hak rakyat untuk menentukan sendiri calon Timbalan Ketua Menteri yang lebih menyakinkan dan boleh membawa ciri-ciri Islam yang lebih kukuh.
Semoga Dato' Seri Anwar dapat menimbangkan perkara ini. Walaubagaimanapun sekiranya bukan calon Pas yang dipilih, tidak kira siapa yang menjadi calon Pakatan Rakyat, Barisan Nasional khususnya UMNO tidak sekali-kali akan diberi peluang kembali untuk merampas Dun Penanti. Lawan Tetap Lawan...
0 ulasan:
Catat Ulasan