Perdana Menteri Malaysia biasanya dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu apabila proses peralihan kuasa dilakukan sepertimana Tun Dr. Mahathir menyerahkan jawatan tertinggi kerajaan itu kepada timbalannya Dato' Seri Abdullah Badawi untuk menggantikannya. Namun timbul persoalan adakah benar Paklah akan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya sekarang ini iaitu, Najib Tun Razak?
Itu semua sememangnya menjadi bualan hangat di mana-mana sahaja baik dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri. Saya tidak mahu mengulas lanjut bukti-bukti atau cakap-cakap orang mengenai Paklah tidak akan serahkan jawatan itu kepada Najib. Di sini saya ingin mengajak forumer semua berfikir, apakah Najib lebih sesuai dijatuhkan sekarang atau selepas beliau bergelar PRESIDEN UMNO?.
Mungkin ramai yang mahukan Najib supaya dijatuhkan sekarang kerana beliau bukan sahaja telah memalukan Malaysia dengan kes-kes yang kita semua sedia maklum, namun kredebiliti dan tahap integriti beliau dalam menjadi Pemimpin kepada hampir 27 juta rakyat Malaysia menjadi persoalan.
Himpunan kes-kes rasuah yang tidak langsung disiasat walaupun telah beratus laporan dibuat ke atasnya, Akuan-akuan Bersumpah yang mengaitkannya juga langsung tidak diambil peduli oleh mana-mana pihak berkuasa juga menjadi penyebab mengapa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Kita tahu yang UMNO cukup kebal kerana apa? Hanya kerana namanya UMNO. Jadi, apa jua yang menjadi kebencian rakyat, sudah semestinya kita tujukan kepada pucuk pimpinannya itu satu jawatan yang dipanggil PRESIDEN.
Kalau permintaan rakyat Malaysia itu tertunai sekarang dan Najib berjaya dijatuhkan sebelum pertabalannya menjadi Perdana Menteri ke-6 tidak berlaku, sokongan rakyat terhadap kepimpinan Paklah sebagai PRESIDEN UMNO yang juga sebagai Perdana Menteri Malaysia pastinya kembali kuat. Perancangan demi perancangan dalam dunia politik Malaysia sudah berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menyaksikan UMNO semakin lemah dengan barisan kepimpinannya tidak menyakinkan rakyat.
Dengan pencalonan tunggal Najib sebagai Presiden UMNO, 2 calon Timbalan Presiden yang pemilihan mereka dilihat seperti ada udang di sebalik batu, calon-calon Naib Presiden yang ada diantara mereka yang merosakkan pemikiran anak-anak Melayu, 3 calon Ketua Pemuda yang 2 daripadanya kita cukup tahu pelbagai skandal rasuah politik dan pentadbiran ketika dalam kerajaan dan 1 lagi menjadi anak suruhan kepada bapanya sendiri, semua ini menjadi tanda tanya kepada kita apakah masa depan rakyat Malaysia khususnya Melayu nanti jika inilah pemimpin yang dipilih oleh UMNO?
Inilah buktinya UMNO sudah tidak releven lagi dalam dunia politik tanahair. UMNO perlu ditolak oleh generasi akan datang. Justeru, biarlah Najib menjadi Presiden terlebih dahalu, barulah kita ajak Paklah bekerjasama untuk menjahanamkan UMNO melalui Presidennya yang ketika itu kita kenal namanya Najib Tun Razak Altantuya!
Sambungan...
1) Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
2) Berikutan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, Yang di-Pertuan Agong, dalam melaksanakan tanggungjawab serta kuasa Baginda berdasarkan Perkara 43(2), telah melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri;
3) Dalam bulan Oktober 2008, sebuah perjanjian peralihan kuasa telah dipersetujui antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Abdul Razak berpandukan syarat-syarat, yang mana antaranya:-
a) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai presiden UMNO dalam pilihan raya UMNO pada Mac 2009; dan
b) Sekiranya Dato Seri Najib dipilih sebagai presiden UMNO pada bulan Mac 2009, perbincangan serta rundingan berkenaan peralihan kuasa serta jawatan Perdana Menteri daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato Seri Najib Abdul Razak akan berlangsung;
4) Ketika tamat tempoh penamaan calon bagi pilihan raya UMNO yang bakal berlangsung pada Mac 2009, Dato Seri Najib merupakan individu tunggal yang berjaya memperoleh jumlah pencalonan yang diperlukan bagi melayakkan beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden, secara langsung membuka jalan bagi beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO setibanya Mac 2009, jika tiada aral melintang.
5) Sekiranya Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan beliau sebagai Perdana Menteri setelah pengesahan Dato Seri Najib sebagai menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO pada Mac 2009, adalah diramalkan bahawa Dato Seri Najib akan mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk mempersembahkan kepada Baginda Tuanku bahawa majoriti dari anda mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau dan lantaran itu, memohon perkenan Tuanku untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti mana yang digariskan dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan Kami turut mengambil maklum bahawa:-
6) Wujudnya persepsi yang salah di kalangan ramai dari UMNO khususnya dan Barisan Nasional umumnya bahawa Perdana Menteri Malaysia semestinya presiden UMNO, yang jelas bertentangan dengan Perkara 43(2) perlembagaan Persekutuan; dan
7) Kesemua mantan Perdana Menteri tatkala menjawat jawatan tersebut, serta Perdana Menteri sekarang, merupakan presiden UMNO dan ketika tempoh perlantikan masing-masing, tiada perhatian serius yang diberikan bagi mempersoalkan, apatah lagi meragui sekiranya kesemua mantan Perdana Menteri atau Perdana Menteri yang kini memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat yang terdahulu dan yang kini.
Kami kini meminta anda sekalian Yang Berkhidmat ahli Dewan Rakyat, untuk turut mengambil maklum perkara berikut yang telah menimbulkan persoalanan yang serius berkenaan kesesuaian serta merencat dan seterusnya menghapuskan sebarang bibit-bibit keyakinan terhadap Dato Seri Najib bagi memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri
0 ulasan:
Catat Ulasan