Lengkap sudah rasanya pemilihan kali ini, menyaksikan akhirnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.
Sambil menonton pemilihan tersebut secara langsung daripada Astro Awani, pengacara Kamarul Baharin menemubual 3 orang panel, iaitu Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Eksekutif, AEI-UM, Norizan Shariff, Ketua Eksekutif INMIND dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya.
Beberapa perkara penting yang dibincangkan dalam rancangan tersebut. Tetapi pendekkan cerita, saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Paling menarik apabila Norizan Shariff turut bersetuju dengan penyesalan yang dilahirkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkashi mengenai tingkahlaku perwakilan-perwakilan yang lebih minat berada di luar dewan untuk keluar shopping semasa berbagai resolusi penting sedang dibincangkan yang melibatkan persoalan-persoalan bangsa, agama dan pendidikan. Inikah masa depan UMNO?
Sebelum nama Khairy Jamaludin diumumkan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, bagaikan sudah dijangka, ketiga-tiga ahli panel terbabit cuba membayangkan apa akan jadi dengan UMNO jika pemimpin yang sudah diakui sendiri oleh Lembaga Disiplin yang penglibatannya dengan rasuah politik yang jika diikutkan dari segi undang-undang, ianya sudah menjadi kesalahan jenayah. Dan UMNO perlu menjawab persoalan-persoalan rakyat mengenai pemilihan ini di ketiga-tiga Pilihanraya kecil yang akan datang ini malah juga Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Buat rakyat Malaysia, renunglah sejenak... Inikah barisan pemimpin masa depan kita jika kita mahukan UMNO? Tepuk dada, tanyalah selera... Jangan sayangkan bangsa lebih daripada sayangkan agama...
0 ulasan:
Catat Ulasan