Cuti Sakit Jadi Alasan Adun Sepi Tanpa Berita, Pegawai Khas Maklumkan YB Sedang Perjalanan Pulang Dari Pahang, Najib Sekali Lagi Diperbodohkan...

|

PEGAWAI khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin (duduk, kiri)
membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan

Bagaikan seorang murid yang ponteng sekolah beberapa hari tanpa sebarang berita, kedua-dua Adun PKR Negeri Perak terbabit memberitahu sebab ketidakhadirannya kepada umum dalam sidang media yang diadakan pada petang tadi.

Wah, kalau di sekolah pun, pihak sekolah akan menyiasat surat M.C. atau surat daripada ibubapa tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah jika ada alasan yang munasabah. Namun, ini bukan hanya dikatakan cuti sakit, tetapi hilang entah ke mana tanpa diketahui oleh majikannya (MB Perak) sendiri malahan juga KELUARGAnya sendiri.

Kalau di tempat kerja, saya percaya 3 hari apabila tidak datang bekerja tanpa sebab sepatutnya boleh dikeluarkan notis buang kerja. Itu hanya di peringkat jabatan, atau pun kilang2 kecil mahupun besar di negara kita yang mengamalkan begitu. Tetapi ini melibatkan satu jawatan penting dalam masyarakat kita iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri!!! Kalau 1 hari pun tidak hadir tanpa sebarang berita, takkan tiada seorang pun tahu ke mana dia pergi? Yang pembantu khas pula, kenapa hari ni baru terhegeh-hegeh nak mengadakan sidang akhbar memberitahu mereka bercuti sakit? Kenapa tidak semasa MB anda terpekit terlolong mencari mereka berdua?

Pegawai Khas ADUN Changkat Jering, Puzi Ghazali mewakili
Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu

Wah, sungguh tidak ku sangka, Timbalan Speaker DUN Negeri Perak juga meminjam alasan kedua-dua Adun BN terbabit, erk...maaf, Adun yang masih dalam PKR terbabit dengan mengatakan beliau juga sedang cuti sakit!!! Wah, dalam masa yang sama, ketiga-tiga Adun bercuti tanpa memberitahu sesiapa? Ini sekolah atau tempat kerja yang bosnya tak kisah sangat ke anak buah dia ponteng?

Dalam sidang akhbar berkenaan juga, Pembantu Khas ADUN Behrang ini secara terang-terangan dengan tidak cuba untuk bersumpah seperti yang diajar oleh Najib menyatakan YB berkenaan sakit dan berada di Pahang dan sedang dalam perjalanan pulang oleh kerana telah sembuh (ala-ala Sadiq Sigaraga sihat terkejut semasa Abdul Wahob sedang bersedekah dengan hartanya). Pelik....kalau sakit kenapa pi Pahang, kan elok duduk kat rumah bersama isteri tersayang... Hm, kalau ini lah alasannya, boleh la aku pinjam kalau nak ponteng kerja nanti. Sambil berjalan-jalan makan angin, leh aku bagi surat cuti sakit kat bos aku...hehe...

Walau apa jua alasannya, surat perletakan jawatan kedua-dua Adun ini masih menjadi tanda tanya. Adakah pihak SPR akan menggunakan kuasa di bawah mereka untuk mengesahkan surat berkenaan dan membuat dua pilihanraya kecil dalam masa 60 hari ini? Dan jika pilihanraya ini sah untuk diadakan, apakah Najib sekali lagi akan diberi peranan untuk memimpinnya setelah 2 kali kecundang? Apakah perlantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak minggu lalu satu strategi untuk mengenakan beliau sekali lagi?

Keputusan di tangan pengundi-pengundi Behrang dan Changkat Jering. Namun saya melihat kekosongan kedua-dua kerusi ini belum lagi akan dipastikan parti mana yang akan mewakili Pakatan Rakyat dan saya juga pasti hanya dari DAP yang tidak akan dipilih sebagai calon. Sudah semestinya ianya daripada PKR atau PAS. Anwar mungkin akan memberikan laluan buat PAS untuk bertanding di kerusi DUN Changkat Jering manakala Dun Behrang beliau sendiri akan memimpinnya...

0 ulasan:

Catat Ulasan