TERKINI 4.25PETANG: Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
Tindakan ini dipercayai kerana atas arahan Najib Tun Razak yang takut MB Perak menyembunyikan beberapa rahsia kerajaan negeri Perak baik dahulu dan juga sekarang. BN menjangkakan yang MB Perak akan melepaskan jawatannya sebenatar lagi dan bersiap sedia untuk menghalau kesemua EXCO Kerajaan Negeri Perak keluar daripada bangunan kerajaan tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan