Jika dilihat dalam rancangan 916 Anwar Ibrahim sebelum ini, apabila DSAI mengatakan mereka telah cukup bilangan MP dan boleh membentuk kerajaan baru. Ketika itu, satu usul tidak percaya telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membolehkan pengiraan undi kepercayaan terhadap Perdana Menteri supaya diadakan namun tetap juga gagal untuk dilaksanakan.
Dalam hal ini, Barisan Nasional yang dipimpin oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak telah dengan cara yang hampir sama mengemukakan permohonan untuk mengambilalih mandat yang dipegang oleh Pakatan Rakyat di Negeri Perak setelah berjaya mendapatkan penghijrahan beberapa tokoh lompat parti untuk masuk ke dalam Barisan Nasional. Dan kini Najib dalam usaha untuk mendapat perkenan daripada Sultan Perak.
Jika usaha BN itu gagal, mereka perlu mengemukakan usul tidak percaya kepada YAB MB Perak untuk meranapkan terus kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru daripada Barisan Nasional. Apakah episod akan datang akan menghadirkan beberapa babak menarik dalam sistem politik yang semakin tidak stabil ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan