Dari Bilik Media Blggersnetwork

|

Satu Sidang Media Khas antara Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan Para BloggersNetwork@Perak telah diadakan di Bilik Media.Satu Rakaman Penjelasan MB berkaitan dengan isu semasa telah dibuat.

Antara yang diperjelaskan ialah :

1. Kes Makhamah ( Menfailkan Permohonan Pengistiharaan Bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak masih Kerajaan yang sah ) - Ia akan di Failkan Di Makhamah Tinggi Jln Duta,pada jam 11.30 pagi...
NOTE : Semua Rakyat diminta hadir untuk menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

2. Isu Kereta Rasmi dan Rumah Rasmi Menteri Besar dan Exco.- Menteri Besar dan Exco dijangka akan mengembalikan Kereta Rasmi Kerajaan pada Malam ini dan Esok hari.Semua Kenderaan tersebut akan diletakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar.- Dato Seri akan dijangka mengosongkan kediaman selewat-lewatnya 10 hari dari sekarang.- Proses untuk mencari kediaman buat Dato Seri dan Keluarga masih dalam Proses carian.

NOTE : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun Beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah.

3. Sambutan Jubli Perak ( Sempena Pentakbiran Sultan Perak yang ke 25 )- Dato Seri menyatakan bahawa Beliau dan Para Exco akan tetap menghadirkan diri pada Majlis Sambutan Jubli Perak yang akan diadakan di Istana Iskandariah K.Kangsar pada 14/2/09.- Ini menunjukan bahawa sebenarnya tiada masalah yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Institusi Istana terutamanya melibatkan Baginda Tuanku..

NOTE : Dato Seri juga menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan dan sebarang PROVOKASI yang akan atau tercetus nanti.Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung mengajak RAKYAT untuk membuat sebarang Perhimpunan di K.Kangsar.

Sidang Media ini akan dapat anda tonton dalam video yang sedang kami usahakan untuk dipertontonkan...Harap semua bersabar!!

Sumber:
http://haninasution.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan