Dua ADUN hilang, Misteri Antara UMNO-PKR. Akta Lompat Parti Tidak Akan Dilaksanakan...

|

HILANG... Umno Perak menafikan kehilangan
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri)
dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan)
ada kaitan dengan mereka.

GEMPAR!!! 2 ADUN Perak yang pernah dikatakan menerima rasuah ketika Pilihanraya Kecil P.046 Permatang Pauh dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini. Umno Perak menafikan dakwaan kehilangan dua Exco Kerajaan Negeri itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada kaitan dengan mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi kedua-dua exco berkenaan sejak lima hari lalu dan laporan polis mengenainya akan dibuat.

Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Ada yang mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Dan Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga.

Manakala Perdana Menteri, YB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini pula mengesahkan akan ada lebih dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat menyertai BN dalam masa terdekat. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Apakah ini satu fenomena baru yang berlaku dalam politik tanahair kita? Walaupun ianya dikatakan tidak sihat untuk diperkatakan, namum mengikut perlembagaan, tiada langsung akta yang mampu digubal untuk menyekat kebebasan berpersatuan. Perlembagaan juga tidak mengiktiraf parti satu yang khusus namun lebih kepada satu persatuan.

Justeru, tidak timbul soal akta ini akan digubal kerana ianya perlu melibatkan pindaan perlembagaan. Dalam kes ini, apakah benar kedua-dua ADUN yang merupakan EXCO Kerajaan Negeri Perak ini akan melompat parti? Jika benar, Perak masih juga kekal dengan kerajaan Pakatan Rakyat namun majoritinya berkurang menjadi hanya 1 kerusi sahaja dengan 30 (Pakatan Rakyat) dan 29 (Barisan Nasional.

0 ulasan:

Catat Ulasan