Pakatan Rakyat Pertahankan Kerajaan Negeri Perak, Mohon Sokongan Rakyat!!!

|

[TERKINI 5.05 petang]: Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru dari Rakyat.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti. Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.
Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.
Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan