Lompat Parti Sudah bermula - Strategi Anwarkah Ini?

|

Inilah yang dikatakan politik baru yang diperkenalkan oleh Anwar. Lintang merasakan keputusan di Perak akan berpihak kepada BN. Dan secara jujurnya, Lintang memang mahu lihat Perak ditadbir dengan ramai EXCO dari kalangan orang-orang Melayu tetapi bukanlah seperti dengan apa yang Barisan Nasional lakukan ini.

Itu satu hal yang lain, sebenarnya isu di Perak ini bukannya hendak sudah sampai ke penghujungnya... Tetapi jika diikutkan, ianya sudah di uar-uarkan akan berlaku ketika pilihanraya umum Mac tahun lalu. Dan sekarang hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi perkara yang dipanggil 'peralihan kuasa' yang dikatakan akan berlaku di dalam UMNO melibatkan Najib akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Mengapa UMNO yang suatu ketika dahulu mengatakan tindakan lompat parti ini ialah satu perkara yang tidak beretika dan melanggar hak demokrasi. Nah, lihatlah sekarang siapa yang mulakannya dahulu? Dan apabila berlakunya begini, maka akan ramailah mulai merestui tindakan wakil rakyat untuk melompat parti.
Dan Najib juga mulai suka dengan sistem yang baru diperkenalkan ini. ("best juga ye mcm ni", kata Najib)

Dan apabila masuk bulan Mac nanti, kita akan lihat lebih ramai penghijrahan wakil-wakil rakyat untuk terus melompat ke sana atau ke sini. Tetapi kali ini tidak lagi melibatkan kerusi Dun sahaja, tetapi ianya akan terus dilakukan oleh sebahagian besar Ahli Parlimen.
Jika MP BN yang melompat ke PR sepertimana yang dikatakan Anwar benar-benar berlaku, maka BN sudah semestinya berasa terpinga-pinga kerana tindakan ini sudahpun mereka halalkan. Jadi mereka tidak akan berani lagi menentangnya.

Maka ketika itu, nama Anwar Ibrahim akan kembali bergema disulami dengan laungan reformasi dan suara-suara takbir berkumdang. Yakinlah, Allah sentiasa di pihak yang benar...

0 ulasan:

Catat Ulasan