MB Baru Perak Orang Anwar-Paklah?

|

Apakah ini satu politik ciptaan Anwar Ibrahim? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya, berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry juga adalah salah seorang tokoh yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 kerana bertindak menentang kerajaan dan pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu ketika dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan