Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta.
Beliau dipercayai berjumpa dengan Sultan Perak bagi membincangkan isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam.
Mohammad Nizar kelihatan meninggalkan istana tersebut pada pukul 10.25 pagi namun beliau enggan ditemuramah wartawan.
Kekecohan kerusi DUN Perak terus menjadi tanda tanya. Mungkinkah MB akan melakukan pembubaran DUN yang dilihat satu jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda politik di negeri Perak itu. Adakah benar kedua-dua ADUN berkenaan telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan mereka dengan sendirinya?
0 ulasan:
Catat Ulasan