MB Perak Timbang Bubarkan Dun, BN Mahu Tubuhkan Kerajaan, Kuasa Ada Pada Sultan

|

2 Adun PKR yang dikatakan telah keluar daripada Pakatan Rakyat dipercayai akan menyertai BN bersama-sama dengan 1 Adun DAP yang meninggalkan Pakatan Rakyat pagi tadi.
Pakatan Rakyat kini hanya menguasai 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 27 kerusi. Jika 3 Adun terbabit menyertai BN, perkenan Sultan diperlukan bagi BN untuk menubuhkan kerajaan baru daripada Barisan Nasional.
MB Perak kini dipercayai sedang menanti perkenan daripada Sultan Perak bagi menggagalkan usaha jahat Barisan Nasional itu. Namun kuasa kini hanya di tangan Sultan Perak samada mahu memperkenankan permintaan MB atau memperkenankan permintaan BN.

0 ulasan:

Catat Ulasan